gadis nipszz

Isnin, 17 September 2012

Sesuatu yang tak diduga..:)

K, this week aku tak dapat balik coz banyak gile asgment n test next week..so mmg aku rindu gler3 nak makan masakan mak aku..maklumlah, biasanya setiap minggu aku balik..tapi tengah hari tadi aku call mak, tiba2 aiq mata aku kuaq pulak..terpaksalah cover tak nak mak aku taw..so aku buat2la terputus...5 minit pas tu aku call len..then mak aku cakap.."adik, mak dah kirim makanan kat alif"..terkejut giler aku, tapi aku bajet mak men2 ja..petang dalam kul 6 alig call.."kak da, alif bawa mai makanan ni, mak ngah kirim..mai amek sekang"..huhh, terus aku p..heheee..lepas je amek aku terus makan...fuhhh, memang sedap giler beb...mmm, akhirnya dapat gak aku makan masakan mak aku, cam taw2 ja aku rindu gler...emm, k la..aku sayang mak aku sangat2..thanks mum..love u so much..this week ida balik k...muahhh..

Ahad, 16 September 2012

Kisah ADAM & HAWA..:)

Dikatakan bahawa seorang lelaki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat 

dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam ‘alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan 


merasakan sakit 

keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari 

Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.


Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada 


dihadapannya,

akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan 

dia akan menebusnya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah 

melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).




Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh karena itu Hawa diciptakan dari tempat 

yang 
nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia 

akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang 

kayu.




Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi

 seorang  
ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, 

dan seorang isteri yang penurut.


Kedokteran modern telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut 

pastilah 
pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak

 dan 
menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga 

qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh

 kerana itu, wajib bagi Hawa untuk 
berbangga 
kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang 

bengkok!!




Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, 

sebagaimana yang 
dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang laki-laki berusaha meluruskan yang 

bengkok tersebut dengan serta
 merta, maka dia akan mematahkannya.


Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang 

wanita yang 
mengalahkan perasaan seorang laki-laki.




Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.

miss my mum so muchhhhhh............:'(

Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.

Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.


Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.


Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.


Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.


Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.




Tetapi apabila situasi di terbalikkan kepada ibu bapa pula…


Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.


Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.


Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.


Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.


Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.


Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.




rindunyer~~ love my mum so muchhhhhhh..........


MY MANDRIN VIDEO...:)

Yeaahhh..setelah penat merakam..
akhirnya video mandrin ktorang siap jugak..
thanks kepada semua yang membantu semasa proses menyiapkan..
xiexie to Amirul Hakim, Amirul Mukminim and semua yang membantu...:)

Isnin, 10 September 2012

..forever together..


Never waste an opportunity to say I LOVE YOU to someone you really love

jangan pernah mensia-siakan peluang untuk menyatakan I LOVE YOU untuk orang yang benar-benar kita sayang :)

..Lets together until died..


Ahad, 9 September 2012


SEBAB REMAJA NAK KAWEN AWAL


Peringatan: Kebaikan kahwin awal sangat banyak, keburukan kahwin awal pun juga tidak kurang banyaknya!

10 sebab kenapa nak kahwin awal


1. Sudah ada yang berkenan di hati.
Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri  isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?


2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan
Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?


3.Mencari ketenangan
Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut. Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)


4.Teman dalam pelajaran 
Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)


5.Teman dalam kehidupan
Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.


6.Teman dalam perjuangan
Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!


7.Hilang fokus
Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!



8.Remaja lebih produktif
Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini "Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.". Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara "enjoy" sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh "enjoy" itu. Apa saya dapat? T_T


9.Menjadi lebih bertanggungjwab
Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.


10.Menjadi anak yang soleh
Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh. :)


Dah habis dah? Ada satu lagi,Extra! Hehe..

11.Dapat menantu perempuan cepat.
Nampak seperti gurauan,tetapi itulah hakikatnya.Haha! Setelah empat kali menyambut menantu lelaki sahaja, tak teringin menantu perempuan cepat-cepat ke?Hehe..Mama..Abah..Bila kahwin ini,mama dan abah tidak kehilangan saya.Jangan risau,mama abah bukan kehilangan anak. Sebaliknya,mama dan abah mendapat anak baru. Makin bertambah dan berkembang keluarga kita.One Happy Family!:D
Ramai manusia yang ingin memegang takdirnya sendiri. Dia seolah-olah ingin jadi 'Tuhan". Dia ingin semua keinginannya tercapai. Mustahil, manusia hakikatnya lemah. Dia tidak boleh mengawal hati kekasihnya. Dia tidak boleh memastikan kesetiaan kekasihnya. Ingat, mencintai seseorang bukanlah bererti mengatur segala langkah dan perbuatannya demi cinta. Kita tak akan mampu!

Jumaat, 24 Ogos 2012

My Heart




Aku menangis bukan kerana aku memerlukanmu , bukan kerana aku mahu kau kembali padaku tetapi aku akhirnya menyedari aku terpaksa belajar untuk melepaskan kau pergi . . andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan , lebih baik cinta itu tidak pernah hadir . . aku pasrah . .

Jika kamu menadah air biarlah berpada . .  .
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ianya  begitu teguh . . .
Cukuplah sekadar KEPERLUANMU sahaja . . .
Kerana apabila ia mula RETAK . . tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula . . .
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja . .

Begitulah juga . .

aku tak nak terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ianya bukan faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna , sedangkan jika aku boleh memaafkan KESILAPAN orang yang aku sayang dan akur  denganKELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang sudah aku MILIKI , aku akan BAHAGIA , BAHAGIA dan terusBAHAGIA . . itu lebih bermakna !!




" Begitu hidup ini tiada yang abadi yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti , namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang "



Tiada kasih yang lebih manis daripada KASIH CINTA dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada PUTUS CINTA . . saya terpaksa mlepaskn awak wlaupun hati rasa tak rela . . saya bukan la pempuan yg terbaik utk awak . . maybe saya lebih suka dan bhagia meliht awak dgn pempuan yg slme ni awak idamkn . . saya bkn mlepaskn awak sebab saya dah de perganti awak . . saya tak pernah curang dengan awak . . soal cinta adalah soal hati . . ia juga soal jodoh . . manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita . . melupakn seseorg yg disayangi amat sukar bagi saya tapi saya tak pernah mnyesal dgn kputusn saya . . jika kita mencintai seseorg, kita akn sntiasa mendoakannya wlaupun dia tidak berada di sisi kita . . CINTA SEJATI ialah apabila kita masih mampu tersenyum jika terpaksa melepaskannya pergi . .







Awak . .
Sebelum saya melepaskan awak . .
Hari ini . . kat sini . .
Saya ingin mengatakan . .
Semua ini untuk awak . .
Sebab kenal awak ANUGERAH TERINDAH PERNAH SAYA MILIKI . .
Terima kasih awak . .


p/s : beringatlah , urusan jodoh tidak kemana . . sedia tercatat seungkap nama Loh Mahfuz untuk kita . . ianya urusan yang pasti . . apa yang tak pasti , sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya . . Wallahu'alam ~ . .  
eiyda.aliep@yahoo.com